Ulang Tahun Ke-80 Yang Di-Pertua Negeri, Sambutan Meriah Dan Berwarna-Warni



MIRI : Sambutan Ulang Tahun ke 80 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tahun ini berlangsung meriah dan berwarna-warni.

Berlangsung di Stadium Bandaraya Miri, sambutan turut dihadiri tetamu kehormat selain 10,000 orang ramai.



Upacara dimulakan dengan bacaan doa selamat dan pemeriksaan perbarisan kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan.



Sejurus selepas itu, 80 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, sekolah rendah dan menengah, persatuan dan pertubuhan melakukan perbarisan lintas hormat dihadapan Yang Di-Pertua Negeri.


Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tarian pelajar sekolah kawasan Miri dengan pelbagai formasi yang menarik sambil diiringi lagu-lagu patriotik.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA