Militan Indonesia Di Syria Arahkan Serangan Di Malaysia

(kiri-kanan) Bahrun Naim, Bahrumsyah, Abu Jandal
KUALA LUMPUR: Polis sedia maklum mengenai militan Indonesia di Syria kini mempengaruhi penyokong IS warga Malaysia supaya melancarkan serangan di beberapa sasaran di negara ini.

Menurut Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, anggota militan Bahrum Shah dikesan mengarahkan serangan ke atas kepentingan Barat tertentu, kerajaan dan pasukan keselamatan.

Ketuanya, Datuk Ayob Khan berkata demikian dalam ucapannya sempena Simposium Keselamatan Asean IACSO di sini, Selasa.

Ayob kemudiannya memberitahu pemberita bahawa polis dimaklumkan mengenai Bahrum mempunyai banyak dana.

“Bila anda banyak dana, anda boleh melancarkan serangan dengan skala besar. Jika anda lihat seperti al-Qaeda sebelum ini, wang masuk ke Malaysia dari Afghanistan digunakan untuk membiayai serangan bom di Bali.

“Jika wang datang dari Syria, dalam jangka pendek, mereka akan melancarkan serangan besar. Ini yang menjadi kebimbangan kita. Kita perlu menyekat saluran meeka,” katanya.

Menurut satu laporan Jakarta Post, Bahrum Shah dipercayai merupakan komander kepada Katibah Nusantara, sebuah kumpulan yang disertai penyokong IS warga Indonesia dan Malaysia yang dibentuk pada 2014.

Ayob turut menamakan Bahrun Naim dan Abu Jandal sebagai dua lagi militan rakyat Indonesia yang mengarahkan serangan di rantau ini.-MS.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA