Michelle Yeoh Bakal Berlakon Filem Bollywood


PELAKON antarabangsa kelahiran Malaysia dari Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melebarkan sayap kariernya lagi apabila bakal berlakon di Bollywood.

Pun begitu, filem yang turut melibatkan aktor Bollywood tersohor Aamir Khan ini belum diberikan nama.

Menurut Michelle, filem yang akan dibintanginya itu merupakan filem aksi mengenai keluarga India dan China.

“Saya merancang berlakon di Bollywood dalam filem aksi. Ia juga semestinya ada babak menari kerana ia adalah satu kemestian dalam industri filem Bollywood. Saya juga tiada masalah untuk menari.

“Dalam dunia realiti pun, kita hidup berjiran walaupun berbeza budaya. Apa yang akan ditonjolkan dalam filem itu nanti ialah dua bangsa ini boleh hidup bersama-sama dengan aman,” katanya kepada wartawan di India ketika menghadiri satu festival di negara itu.

Michelle bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jalan cerita filem tersebut.

Dalam pada itu, Michelle turut akui amat berminat untuk bekerja bersama Amir Khan.

Antara filem yang pernah dibintangi Michellae adalah filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan James Bond- Tomorrow Never Dies. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA