MH17 Ditembak Guna Peluru BUK-9838 Dari Rusia


BELANDA: Laporan Siasatan MH17 mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 telah ditembak oleh peluru BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia.

Menurut laporan Astro Awani, Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda mendedahkan maklumat tersebut hari ini.

"Berdasarkan siasatan jenayah, kami membuat kesimpulan bahawa Penerbangan

MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK 9M38-Series, dari wilayah Persekutuan Rusia," kata beliau pada sidang media di Nieuwegein, Belanda.

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, apabila ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.

Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 warga Malaysia dalam pesawat malang itu. Identiti kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.

Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di ruang udara timur Ukraine.

Pada Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menjangka laporan hasil siasatan pasukan penyiasat antarabangsa diumumkan sebelum akhir tahun.

Najib berkata, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terdiri daripada lima negara - Australia, Belgium, Belanda, Malaysia dan Ukraine – akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan pelan tindakan untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan selepas laporan itu disiarkan. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA