Menteri Besar Diugut oleh Mahathir

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 20 September 2016.

Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Sultan Kedah baru-baru ini, dan bukannya di Istana Negara, adalah satu aksi publisiti semata-mata. Ia hanyalah satu helah politik untuk memberi gambaran bahawa beliau masih dalam permainan dan masih lagi bertekad untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Mungkin ramai yang bersemangat apabila pengumuman itu pertama kali dibuat mengenai penubuhan parti baru itu dan mereka menjangkakan satu penghijrahan sebaik sahaja parti itu menjadi ‘sah dari segi undang-undang’. Walau bagaimanapun, tidak seperti dalam kes-kes Semangat 46 pada tahun 1988 dan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999, penghijrahan ini tidak berlaku. Dan ini adalah apa yang membimbangkan Mahathir.

Sejak tahun lepas, Mahathir telah cuba satu demi satu tindakan dan setiap satu daripada tindakan itu telah gagal. Tindakan pertama ialah gerakan rampasan kuasa pada Julai 2015 yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai. Hari itu sepatutnya menjadi hari di mana Najib sama ada meletakkan jawatan atau ditangkap dan didakwa. Pilihan terletak kepada Najib. Letak jawatan tanpa sebarang pertarungan atau pergi ke penjara. Itu adalah apa yang Mahathir telah rancangkan dan beliau memastikan keempat-empat Tan Sri telah bersedia untuk bertindak.

Walau bagaimanapun, sebelum keempat-empat Tan Sri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz) itu boleh bertindak, Najib telah bergerak dahulu dan memintas dua daripada empat Tan Sri tersebut. Dua lagi dibiarkan dahulu, yang akan di ambil tindakan apabila masanya telah tiba. Jadi, rampasan kuasa 29 julai 2015 gagal.

Kemudian semasa Parlimen sesi Oktober dan Perhimpunan Agung Umno pada Disember, Najib, sekali lagi, sepatutnya disingkirkan melalui undi tidak percaya – yang mana juga tidak berlaku. Tiga percubaan pada 2015 dan ketiga-tiganya gagal.

Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara merupakan tamparan hebat buat Mahathir. Walau bagaimanapun, pada 3 Februari 2016, apabila anaknya Mukhriz telah dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah, ini adalah satu tamparan yang tidak pernah diduga oleh Mahathir. Beliau tidak pernah menyangka bahawa Najib akan menjadi begitu berani untuk membuang anaknya sebagai Menteri Besar dan mengambil risiko yang membahayakan Kedah dan mungkin jatuh ke tangan pembangkang.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan 21 di bawah Barisan Nasional (Umno 19 dan MCA 2) dan 15 di bawah pembangkang (PAS 8, PKR 4, DAP 2 dan bebas 1). Jika hanya empat ADUN Umno yang berhijrah sebagai satu tanda protes, Barisan Nasional akan dikurangkan kepada 17 kerusi dengan pembangkang mempunyai 19. Jadi apa yang perlu Mukhriz lakukan adalah untuk membawa tiga lagi ADUN Umno dengan beliau dan Kedah 2016 akan menjadi seperti Perak 2009.

Mahathir berpendapat bahawa kebarangkalian ini akan menyelamatkan Mukhriz. Najib, bagaimanapun, tahu ia tidak akan berlaku. Jadi sekarang Barisan Nasional mempunyai 20 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan hanya satu kerusi untuk Amanah. Dan dengan PKR 4 dan DAP 2, pembangkang telah dikurangkan kepada hanya 7 kerusi (daripada 15) kerana 8 ADUN PAS dan 1 bebas tidak akan bekerja dengan Pakatan Harapan yang dipimpin Pribumi (atau bahkan dengan Pakatan Harapan yang dipimpin DAP) .

Jadinya, Pakatan Harapan di Kedah sebenarnya lebih teruk sekarang daripada pada tahun 2013. Dan ia adalah perhitungan yang Najib buat dan yang terbukti betul pada akhirnya. Jadi itu adalah satu lagi salah perhitungan oleh Mahathir. Beliau terlebih sangka tentang kekuatan pengaruh Mukhriz di Kedah dan berfikiran bahawa penyingkiran Mukhriz akan mencetuskan penghijrahan dan PAS akan bersimpati kepada anaknya dan kemudian bersekutu dengan mereka itu.

Satu langkah yang tidak baik!

Kesalahan perhitungan Mahathir adalah jelas apabila 26 hari kemudian pada 29 Februari 2016, beliau meletak jawatan daripada Umno. Perletakan jawatan itu sepatutnya mencetuskan satu penghijrahan, tetapi sekali lagi, sama seperti pada 19 Mei 2008, iaitu kali pertama Mahathir meletak jawatan daripada Umno, ia tidak berlaku.

Pada tahun 2008, apabila Mahathir meletak jawatan daripada Umno, Reuters melaporkan 'PM Malaysia dalam bahaya kerana Mahathir keluar parti’. Kali ini tidak ada yang melaporkan bahawa Perdana Menteri adalah dalam bahaya kerana perletakan jawatan Mahathir dari Umno.

Sementara itu, Mahathir menghantar dua Ghurkhanya, Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan (ditambah dengan tiga Tan Sri - Abu Kassim, Gani dan Zeti), ke Amerika Syarikat untuk memberi maklumat kepada mereka. Rancangannya adalah untuk Jabatan Kehakiman AS dan Peguam Negara AS membuat 'pengumuman mengejut mengenai 1MDB yang akan mewujudkan gelombang kejutan di Malaysia dan yang akan menyebabkan Najib perlu meletakkan jawatan. Dan jika Najib enggan meletak jawatan, maka beliau akan digugurkan secara paksaan.

Masalah dengan rancangan ini adalah bahawa jika mereka berjaya memaksa Najib meletakkan jawatan, siapa yang akan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang baru? Adakah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menggantikannya? "Tidak!" kata Mahathir. "Zahid terlalu rapat dengan Anwar dan jika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mungkin akan membebaskan Anwar dari penjara."

Jadi, dua perkara yang telah ditekankan di sini.

Yang pertama adalah bahawa Timbalan Perdana Menteri tidak akan menggantikan Perdana Menteri - yang bermaksud Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang baru adalah orang lain dan kita tidak akan diberitahu identitinya sehinggalah Najib dan Zahid digulingkan.

Yang kedua, Mahathir tidak mahu sesiapa sahaja yang mungkin akan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri - yang bermaksud pembebasan Anwar dari penjara bukanlah sebahagian daripada rancangan itu. Malah, sehingga hari ini, Mahathir tidak pernah berkata bahawa pembebasan Anwar dari penjara adalah sebahagian daripada rancangan itu. Malah apabila akhbar bertanyakan soalan ini kepada beliau, Mahathir mengelak dan tidak menjawab soalan tersebut.

Lebih penting lagi, Mahathir enggan untuk mengatakan siapa yang akan mengambil alih sebaik sahaja Najib dan Zahid digulingkan kerana jika beliau mendedahkan individu itu, banyak yang akan tidak menyokong beliau untuk menggulingkan Najib dan Zahid - terutamanya kerana anaknya Mukhriz yang akan menjadi Perdana Menteri baru.

Apa-apa pun, sementara semua ini berlaku, Mahathir melabur banyak masa dan wang dalam pengumuman mengejut yang akan dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Peguam Negara AS pada 20 Julai 2016. Pengumuman mengejut itu akan mewujudkan Tsunami Asia lebih besar daripada Boxing Day pada 2004 yang mengorbankan 250,000 orang.

Berikutan pengumuman 20 Julai itu, pada 26 Julai, ketiga-tiga Tan Sri (Abu Kassim, Gani dan Zeti) akan mengadakan sidang akhbar (semasa jamuan perpisahan Abu Kassim) untuk menggesa perletakan jawatan Najib dan diikuti dengan satu lagi sidang akhbar yang Mahathir akan adakan di Jakarta untuk media antarabangsa sejam kemudian.

Malangnya, rancangan ini telah dibocorkan dan pada petang yang sama, Timbalan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, membuat laporan polis dan seluruh rancangan itu terpaksa dibatalkan. Gani tidak hadir untuk majlis makan malam itu dan pada jam 3.00 petang Abu Kassim pergi ke pejabat Perdana Menteri tetapi Najib enggan berjumpa dengannya.

Kerja yang telah dilakukan selama setahun dan berjuta-juta Ringgit yang telah dibelanjakan terbuang begitu sahaja pada 26 Julai 2016, sama seperti apa yang berlaku pada tahun sebelumnya pada 29 Julai 2015.

Mahathir meletak jawatan daripada Umno pada 29 Februari 2016 semata-mata untuk menakutkan Umno. Itu adalah perkara yang sama yang beliau lakukan pada 19 Mei 2008. Tetapi pada bulan Mei 2008, ia berjaya menakutkan Umno dan setahun kemudian Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa meletak jawatan dan menyerahkan kuasa ke tangan Najib. Dan kemudian, sebaik sahaja Abdullah meletak jawatan, Mahathir menyertai semula Umno.

Itulah apa yang Mahathir sedang cuba lagi. Beliau meletak jawatan dari Umno pada 29 Februari 2016. Ini sepatutnya (sekali lagi) menakutkan Umno, supaya parti itu akan memaksa Najib untuk meletak jawatan (sekali lagi, sama seperti Umno memaksa Abdullah meletakkan jawatan lapan tahun yang lalu). Kemudian, selepas Najib meletakkan jawatan, Mahathir akan menyertai semula Umno (sekali lagi).

Satu rancangan yang mudah yang terbukti keberkesanannya pada tahun 2008 dan tidak ada sebab untuk tidak berkesan sekali lagi pada tahun 2016. Tetapi Umno tidak memaksa Najib untuk meletak jawatan. Sebaliknya, Umno tidak mengalu-alukan lagi Mahathir, Muhyiddin, dan Mukhriz. Daripada tunduk kepada Mahathir dengan meminta Najib untuk meletakkan jawatan supaya Mahathir akan menyertai semula parti itu, Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz.

Jadi Umno bukan sahaja tidak meminta Najib untuk pergi dan menjemput Mahathir kembali ke dalam parti. Umno juga memecat Muhyiddin dan Mukhriz untuk menunjukkan bahawa parti itu sudah muak dengan Mahathir dan tidak mahu sebarang kaitan dengan orang tua itu lagi. Itu adalah satu lagi langkah yang mengejutkan Mahathir selepas penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan Julai 2015 dan penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari 2016.

Tindakan Mahathir setakat ini hanyalah untuk satu sebab. Beliau mahukan Najib untuk mengambil semula Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah - yang juga bermakna mereka mesti dibenarkan untuk kembali ke dalam Umno. Jika Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri, ianya perlulah melalui Umno. Sebagai seorang pemimpin pembangkang, Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Anwar juga tidak boleh berbuat demikian dan kerana itulah Anwar cuba selama sepuluh tahun untuk kembali ke dalam Umno dan hanya menyerah kalah selepas sepuluh tahun mencuba dan tidak berjaya (malah beliau turut pergi ke mahkamah untuk cuba mendapatkan mahkamah untuk memaksa Umno mengambilnya semula sebagai ahli Umno). Anwar (dan Mahathir) tahu bahawa untuk menjadi Perdana Menteri, anda mesti menjadi Presiden Umno dan bukan sebagai ketua pembangkang.

Jadi Pribumi bukanlah sesuatu yang Mahathir mahu tumpukan. Itu hanyalah untuk mengejutkan Umno untuk memberi gambaran bahawa parti barunya, sama seperti Semangat 46 pada tahun 1988 dan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999, akan mengambil alih banyak kerusi dari Umno dan mungkin juga menjatuhkan Umno dengan Pakatan Harapan sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Sudah tentu, Mahathir dan Najib tahu ini tidak akan berlaku. Tetapi pemimpin-pemimpin dan akar umbi Umno mesti dibuat untuk mempercayai perkara ini boleh berlaku supaya mereka akan memberi tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan (seperti yang berlaku pada tahun 2008 dengan Abdullah) supaya Umno dan Barisan Nasional boleh 'diselamatkan'. Jadi Mahathir sebenarnya menumpukan ke peringkat akar umbi dan bukannya ke Najib. Najib sangat teguh tetapi akar umbi boleh goyah. Dan itu adalah sasaran sebenar Mahathir.

Jadi ini adalah strategi terkini Mahathir. Beliau sedar beliau telah gagal untuk mempengaruhi seluruh negara (bermaksud ahli-ahli Umno) dan penghijrahan tersebut tidak berlaku seperti yang beliau harapkan. Jadi sekarang Mahathir sedang berusaha ke atas satu negeri pada satu masa dan beliau telah memilih salah satu daripada negeri yang paling besar untuk memulakan rancangannya. Dan untuk membuatkan negeri ini mengikut rancangannya, beliau telah memilih untuk memberi tumpuan kepada ketua negeri itu, bermakna Menteri Besar. Jika ketua bertukar arah, maka selebihnya akan menyusul.

Negeri ini bukan sahaja salah satu daripada negeri yang lebih besar tetapi mempunyai seorang Menteri Besar yang boleh diperas ugut. Menteri Besar ini mempunyai orientasi seksual yang 'luar biasa', jika anda tahu apa yang saya maksudkan, yang boleh digunakan untuk menjatuhkannya jika ia menjadi pengetahuan umum. Sama seperti dalam kes Anwar, Mahathir tahu tentang 'kelemahan' Menteri Besar ini untuk tempoh yang lama tetapi, seperti dalam kes Anwar, Mahathir menyimpan rahsia ini sehingga masa yang sesuai.

Mahathir telah memberitahu kepada Menteri Besar ini yang rahsianya tidak lagi akan kekal rahsia jika beliau tidak bekerjasama. Dan apa yang Mahathir mahu beliau lakukan adalah untuk mencetuskan rasa takut dan panik di kalangan pemimpin Umno dan wakil rakyat di negeri itu dengan mengatakan bahawa Pribumi tidak boleh dipandang ringan dan apa yang mereka perlukan hanyalah perubahan sebanyak 10% dan negeri itu akan jatuh ke pembangkang. Jika ia boleh berlaku di Selangor maka ia juga boleh berlaku di negeri mereka, Menteri Besar itu memberitahu rakyat negerinya.

Sama ada perubahan itu cukup besar untuk membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya adalah tidak penting. Mereka tidak perlu bimbang dengan kuasa persekutuan. Mereka hanya perlu memberi tumpuan kepada negeri mereka sendiri dan melindungi negeri mereka sendiri. Malah negeri ini mungkin perlu mengambil kira untuk 'berpisah' daripada persekutuan dan mengadakan pilihan raya negeri mereka sendiri yang lebih awal seperti di Sarawak untuk memastikan bahawa Umno dan Barisan Nasional boleh memegang negeri ini.

Ini membimbangkan mereka yang berada di bawah. Jika Menteri Besar mereka menunjukkan kurang keyakinan dan nampak bimbang bahawa negeri mereka akan jatuh kepada pembangkang, maka harapan apa yang mereka ada? Dan sesungguhnya jika negeri mereka, yang merupakan sebuah negeri yang besar, panik dan 'berpisah', ini pasti akan mencetuskan serangan panik yang sama di seluruh Malaysia dan negeri-negeri lain mungkin menyusul. Semua akan hanya boleh bergantung pada diri sendiri dan yang paling kuat akan selamat. Ia akan menjadi seperti Disember 1941 sekali lagi apabila Jepun mendarat di Tumpat – satu keadaan yang huru-hara.

Jadi sekarang perkara yang disebut di kalangan beberapa pemimpin Umno di negeri itu ialah adakah mereka bekerjasama atau adakah mereka berpisah dan menyelamatkan diri sendiri dan meninggalkan Najib untuk berjuang sendirian? Dan Menteri Besar itu menggalakkan perbincangan ini dan mengapi-apikannya dengan bercakap tentang hari kiamat dan Armageddon dan sebagainya. Secara amnya, pengakhirannya sudah dekat, dan kita perlu menyelamatkan diri sendiri. Jika tidak, kita semua akan mati dengan Najib - dan Najib pasti akan mati.

Jadi ini adalah kad baru yang Mahathir sedang mainkan. Mahathir kalah pada bulan Julai 2015. Beliau kalah sekali lagi pada bulan Oktober dan Disember 2015. Beliau tewas pada bulan Februari 2016 dan juga Julai 2016. Sekarang, permainan baru Mahathir pada September 2016 adalah untuk memeras ugut seorang Menteri Besar negeri tertentu dan menyuruhnya untuk mencetuskan panik di negeri itu supaya mereka tidak bekerjasama dengan Najib - yang kemudiannya akan menimbulkan panik di negeri-negeri lain juga. Kemudian seluruh Umno akan bangkit dan menuntut perletakan jawatan Najib. Sekurang-kurangnya itulah rancangannya.

Menteri Besar itu memberitahu ahli-ahli Umno bahawa 1MDB adalah masalah yang serius dan Najib tidak dapat diselamatkan. Jadi Najib perlu dikorbankan untuk menyelamatkan Umno. Korbankan Najib untuk menyelamatkan parti. Rakyat di negeri ini atau pengundi tidak marah dengan Umno atau Barisan Nasional. Mereka hanya marah dengan Najib. Sebaik sahaja Najib dijatuhkan, rakyat akan kekal bersama Umno dan Barisan Nasional.

Dan beberapa ahli Umno di negeri itu bersetuju dengan perkara ini, terutama kerana ia datang daripada ketua mereka, Menteri Besar. Mereka tidak tahu bahawa Menteri Besar mereka diperas ugut oleh Mahathir untuk mengatakan semua ini. Dan mereka tidak tahu bahawa sebab Mahathir mahu Najib keluar ialah supaya beliau, Muhyiddin dan Mukhriz boleh kembali kepada Umno dan mengambil alih dan ini bukannya mengenai Pribumi membantu Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.

Apa yang mereka gagal untuk sedari adalah bahawa pembangkang mempunyai prestasi yang agak baik dalam negeri mereka pada tahun 2013 kerana PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Hari ini ia bukannya Pakatan Rakyat tetapi Pakatan Harapan dan PAS bukanlah sebahagian daripada pakatan itu. Jadi walaupun dengan Pribumi dan PAN menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, keputusan pada pilihan raya umum akan datang tidak akan menjadi sebagus seperti pada pilihan raya umum 2013. Ianya menakjubkan bahawa Umno mempunyai pemimpin dengan otak yang kurang bijak yang tidak dapat membaca langsung perkara ini.

Apa-apa pun, perkara yang lebih penting adalah bolehkah Umno mengambil risiko mengekalkan Menteri Besar ini untuk memimpin Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang? Sejak orientasi seksualnya yang 'luar biasa' yang kini diketahui oleh pembangkang, apa yang akan menghalang mereka daripada membocorkan rahsia ini semasa kempen pilihan raya umum akan datang? Ini benar-benar akan memberi kesan negatif kepada Umno dan Barisan Nasional. Jadi perkara yang paling selamat adalah dengan menggantikannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

Apabila Mahathir meminta Muhyiddin untuk mendaftarkan parti baru mereka, beliau berfikir bahawa Najib akan menghalang pendaftarannya dan cuba untuk membuat perjanjian dengannya. Mahathir tidak mahu merangkak ke Najib. Beliau mahu Najib datang merangkak kepadanya. Sebaliknya, Najib memastikan bahawa pendaftaran Pribumi dipercepatkan tanpa kelewatan sedikit pun.

Ini mengejutkan Mahathir. Beliau baru sahaja kehilangan kelebihannya dan kini apabila parti barunya didaftarkan, beliau terpaksa meneruskannya hingga ke penghujungnya, yang mana bukanlah rancangannya. Dan untuk memastikan beliau boleh menunjukkan bahawa beliau telah berjaya, parti barunya mesti bukan sahaja dibenarkan untuk menyertai Pakatan Harapan tetapi ia mesti dilihat sebagai pemimpin baru Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, ini tidak disetujui oleh Lim Kit Siang. Mengapa beliau perlu membenarkan Pakatan Harapan untuk menjadi Pakatan Harapan yang dipimpin Pribumi? Sebagai Pakatan Harapan yang dipimpin DAP, mereka boleh memastikan mereka menerima undi orang Cina. Jika DAP kehilangan kepimpinannya dalam Pakatan Harapan, orang Cina tidak lagi akan memberikan sokongan besar-besaran seperti pada tahun 2013. Mereka akan kembali ke tahun 1999 dan 2004 di mana Barisan Alternatif diketuai oleh PAS. Pembangkang tidak mempunyai prestasi yang baik pada tahun 1999 dan lebih teruk lagi pada tahun 2004. Hanya apabila DAP berkuasa mereka mendapat sokongan kaum Cina.

Mahathir nampak bahawa DAP tidak akan melepaskan kepimpinan Pakatan Harapan. Malah, DAP tidak pergi langsung ke mahkamah pada 5 September 2016 apabila Mahathir memberi penghormatan kepada Anwar. Setakat yang DAP dan PKR bimbang, Anwar dan bukannya Mukhriz adalah calon mereka untuk Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya. Jika Mahathir masih mahukan Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri,ia perlulah melalui Umno. Dan, untuk menjadikannya lebih teruk, 'Superman' DAP baru sahaja secara terbuka mengakui bahawa mereka hanya menggunakan Mahathir sebagai 'kuda' untuk menggulingkan Najib dan tidak lebih daripada itu.

Jadi Najib tahu bahawa penampilan Mahathir di mahkamah pada 5 September 2016 bukanlah strategi permainannya yang sebenar. Untuk Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir, kebebasannya mesti menjadi sebahagian daripada perjanjian itu. Tetapi kebebasan Anwar bukanlah sebahagian daripada strategi permainan Mahathir. Tambahan pula, Pribumi mesti memimpin Pakatan Harapan dan Lim Kit Siang tidak akan bersetuju dengan itu kerana ia akan menjejaskan undi DAP daripada orang Cina. Jadinya, apakah pelan permainan yang sebenar?

Najib tahu bahawa Mahathir sedang bermain silap mata dan dalam silap mata anda tidak melihat pada tangan sebelah kanan yang diangkat tetapi pada tangan kiri yang tersembunyi. Dan tangan kiri tersembunyi Mahathir adalah ugutan ke atas Menteri Besar ini untuk membuatkan beliau menimbulkan keraguan dan panik di negeri itu. Dan, jika beliau tidak boleh berbuat sedemikian, orientasi seksualnya yang 'luar biasa' akan menjadi pengetahuan umum. Orang ini tidak akan mendapat apa-apa kebaikan tetapi akan rugi besar jika menjadi kepentingan kepada Mahathir. Tetapi bukankah ini apa yang dimaksudkan dengan peras ugut?

Khabar bahawa Pribumi adalah satu ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional di negeri mereka dan bahawa hanya 10% perubahan dalam undian boleh menjatuhkan mereka adalah karut semata. Untuk itu berlaku, mereka perlukan PAS dan PAS tidak ada bersama mereka. Dan dengan hanya 20,000 ahli PAN dan kurang daripada 10,000 anggota Pribumi di seluruh Malaysia, kedua-dua parti itu tidak akan menjadi ancaman. Dan DAP serta PKR telah mencapai tahap maksima di negeri itu dan tidak boleh pergi lebih tinggi daripada pada tahun 2013. Itu sahaja sudah boleh memberi gambaran betapa karutnya apa yang Menteri Besar itu katakan.

Jadi Najib tahu permainan apa yang Mahathir mainkan. Dan setiap kali, Najib mengalahkan Mahathir dalam permainan Mahathir sendiri. Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga tahu bahawa matlamat utama Mahathir adalah untuk masuk kembali ke dalam Umno seperti pada tahun 2009. Oleh itu, mereka berpura-pura untuk bermain untuk melihat sejauh mana Mahathir akan pergi. Jika ugutan ini gagal dan negeri itu tidak berhenti bekerjasama dengan Najib, Mahathir akan perlu kembali memikirkan semula strategi beliau. Tetapi tidak banyak lagi yang boleh beliau lakukan dan dalam masa yang suntuk.

Akhirnya, Mahathir mungkin perlu menggunakan satu-satunya yang beliau ada, iaitu Pribumi. Tetapi jika Pakatan Harapan menolak Pribumi dan Umno juga menolak Mahathir, maka beliau dan Pribumi akan hanyut. Dan jika datangnya gelombang yang kuat, mereka akan hancurkan kerana melanggar batu. Malang sungguh nasib yang dihadapinya!

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/menteri-besar-blackmailed-by-mahathir/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA