Mengaku Tidak Bersalah Hina Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR: Penghantar surat sambilan, Rosmin Mohamed Noor, 40, di hadapkan ke Mahkamah Siber di sini, atas dakwaan memuat naik status menghina dan jelik terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di akaun Facebook miliknya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Rosmin didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2, Lundang, Kota Bharu Kelantan pada jam 10.10 pagi, 22 September lalu.

Bagi perbuatan itu Rosmin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA