Mekanik Motosikal Janjikan Kemahiran Berharga

Peter
KUCHING: Bidang mekanik motosikal begitu meluas dan memberi pulangan lumayan serta membina kemahiran yang tinggi.

Peter, 38 tahun yang berasal dari Kuching telah menceburi bidang ini selama 18 tahun dan sudah mampu membaiki motosikal berkuasa tinggi.

"Saya mula bekerja sejak umur 15 tahun dan awalnya saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

"Saya bertekad untuk mempelajari daripada orang yang berpengalaman dan tidak malu untuk bertanya," katanya kepada Sarawakiana.

Peter turut menyatakan bahawa beliau berusaha gigih untuk menguasai bidang mekanik motosikal sehingga hari ini beliau sudah mampu membaiki motosikal berkuasa besar.

"Saya terus memberi tumpuan kepada bidang ini sebagai sumber pendapatan kerana jika kita yakin maka bidang ini akan berterusan menjadi pekerjaan tetap serta lumayan.

"saya menggesa agar anak muda masa kini tidak terlalu memilih pekerjaan dan walaupun belum mempunyai pengalaman, ceburilah bidang mekanik motosikal kerana ia mampu menjadikan anak muda sebagai mekanik yang berjaya suatu hari nanti," ujarnya.

Apui


Menurut Apui, 24 tahun pula, bidang ini memang menjanjikan kemahiran yang tinggi jika serius menceburi bidang mekanik motosikal.

"Setelah habis belajar, saya sudah bekerja sebagai mekanik walaupun pada mulanya saya langsung tidak memiliki apa jua penglaman mekanik.

"Saya belajar sikit demi sikit dan akhirnya saya mampu untuk membaiki motosikal walaupun setakat motosikal berkuasa kecil," jelasnya.

Beliau turut berpesan agar anak muda jangan malu menjadi mekanik kerana bidang ini akan melatih anak muda berkemahiran dan mencipta kerjaya berterusan dalam bidang ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA