Mayat Wanita Tanpa Identiti Ditemui Terapung Di Miri


MIRI: Mayat seorang wanita lengkap berpakaian dan selipar tanpa pengenalan diri ditemui terapung dalam anak sungai di Kampung Baru Pujut disini pagi tadi.

Mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 60 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 8 pagi.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri  Sarawak (JBPM)  Farhan Sufyan Borhan, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Ketika penemuan mayat wanita terbabit, mangsa dipercayai baru sahaja kembali daripada membeli sayur sebelum terjatuh ke dalam anak sungai ekoran dari keadaan mangsa memegang wang dan bungkusan sayur di kedua-dua belah tangan mangsa," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berhampiran dengan segera.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA