Anggota Badan Mangsa Hilang Di Samarahan Ditemui


**KEMASKINI

KOTA SAMARAHAN: Sebahagian anggota badan pekerja kapal pengorek pasir yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui orang awam yang memancing di sungai berhampiran Pengkalan Feri Muara Tuang.

Mangsa Silvester Kilat Lee, 19 dilaporkan hilang selepas kembali daripada membeli sayur dijumpai jam lebih kurang jam 10.30 pagi ini tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan Borhan dalam satu kenyataan berkata, mangsa mangsa ditemui berhampiran dengan pengkalan feri Muara Tuang iaitu dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan jatuh.

"Mayat mangsa dikenalpasti identitinya oleh bapanya sendiri melalui pengecaman pakaian dan seluar terakhir digunakan mangsa dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari dan mengesan anggota badan mangsa masih diteruskan-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA