Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Petra Jaya


KUCHING: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam longkang di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya disini petang tadi.

Mayat lelaki berusia awal 30-an dijumpai orang awam lebih kurang jam 2 petang itu dalam keadaan terbaring.

Sepasukan anggota dari Balai Polis Gita bergegas ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Mayat lelaki berusia 30-an dijumpai terbaring, berdasarkan pemeriksaan mayat mangsa yang belum diketahui identitinya dipercayai meninggal dunia kurang dari 12 jam berikutan keadaan mayat mangsa dan hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa,”katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan anggota keluarga atau kenalan supaya menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan David di Balai Polis Gita untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga berita ini ditulis, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA