Mayat Lelaki Dipercayai Mangsa Bunuh


BINTULU: Penduduk di kawasan Ulu Sungai Balui (berhampiran Uma Apan, Belaga) dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki terapung berdekatan bongkah batu sungai berkenaan sekitar jam 7 pagi Jumaat lalu (2 September).

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Belaga DSP Melay Tinggom, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklum mengenai penemuan mayat terapung.

“Pemeriksaan awal ke atas mangsa masih belum dapat mengenal pasti identiti dan mendapati mangsa seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an, tinggi 5 kaki dan hanya memakai seluar panjang warna hijau,” jelasnya.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan tetakan senjata tajam pada tubuh mangsa terutama bahagian lengan kiri, siku kiri, bahagian tepi perut kiri, bahagian belakang tubuh dan juga tangan.

“Secara amnya, siasatan awal dijalankan polis mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh sebelum dibuang ke dalam Sungai Balui,” katanya.

Beliau sebagai berkata siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca kematian mangsa setelah ujian bedah siasat dijalankan nanti.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA