Mayat Kanak-kanak Mati 300 Tahun Lalu Buka Mata


Jalisco (Mexico): Mayat seorang kanak-kanak yang mati 300 tahun lalu dilapor membuka matanya baru-baru ini.

Seorang pengunjung Gereja Guadalajara di Jalisco, Mexico, tempat mayat yang diberi nama Santa Inocencia itu disimpan di dalam peti kaca merakam kejadian itu.

Rakaman itu kemudian dimuat naik ke YouTube dan sejak itu ia sudah ditonton hampir sejuta kali.

Sekilas pandang, mayat itu, yang dirawat dengan lilin untuk tujuan pemeliharaan dan keadaan mukanya yang tidak reput sejak 300 tahun lalu, kelihatan seperti patung.

Tetapi, ketika pengunjung berkenaan merakamnya, mayat itu seolah-olah membuka matanya.

Ramai pengguna menyifatkannya sebagai palsu. Tetapi sebahagian lagi mempercayainya.

Banyak kisah yang dinyatakan mengenai bagaimana kanak-kanak itu mati.

Versi popular ialah dia ditikam hingga mati oleh bapanya yang membantah rancangannya untuk menghadiri satu majlis keagamaan dengan rakan sekelasnya. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA