Mawan Anggap Tawaran Tiong Paling Menarik Setakat Ini


KUCHING: Tawaran yang diberikan oleh Persiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing kepada Tan Sri William Mawan dan penyokongnya dianggap sebagai antara tawaran yang menarik untuk dipertimbangkan setakat ini.

Menurut Tan Sri William Mawan, beliau melihat tawaran tersebut sebagai satu tawaran yang sangat positif dan menarik berbanding beberapa pilihan yang beliau sedang pertimbang ketika ini.

“Kami tidak menolak idea tersebut malahan kami sangat kagum terhadap kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh Datuk Sri Tiong kerana ia merupakan satu kenyataan yang bertanggungjawab dan sangat pemurah.

“Kami tidak mempedulikan soal pangkat dan kedudukan dalam parti bahkan tiada syarat yang ditetapkan. Bagi ahli TERAS, adalah amat penting untuk memahami perkara ini sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai majlis Pelancaran Buku Reflection: A Journey Of Hope, Aspiration and Perserverance yang dihadiri Ketua Menteri Sarawak di sini hari ini.

Pada Isnin, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu dalam satu kenyataan membuat tawaran terbuka menjemput Mawan dan ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) menyertai semula SPDP.

Mawan merupakan bekas Presiden SPDP sebelum bertindak keluar dari parti itu pada 15 Mei 2014 bersama beberapa penyokongnya dan menubuhkan TERAS.

Bagaimana pun beliau sekali lagi keluar dari TERAS sebagai memenuhi syarat yang diberi pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri bagi membolehkan beliau menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 (PRN ke 11).

Susulan situasi tersebut, Tan Sri William yang kini berstatus ‘tanpa parti’.

Mengulas lanjut berkaitan tawaran Tiong, beliau menjelaskan bahawa keputusan mutahkir yang bakal di ambil adalah berdasarkan perkembangan yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.

“Ketua Menteri mahu kita bersatu untuk menyokong dan memperkuatkan Kerajaan Barisan Nasional demi kebaikan rakyat negeri Sarawak.” katanya - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA