Masih Hidupkah Impian Sarawak DAP ?


Program Impian Sarawak DAP telah sekian lama wujud dalam modul pergerakkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak. Dalam setiap kempen politik yang lepas sering kali DAP membangkitkan tentang tujuan program impian Sarawak.

Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah setakat mana tahap pelaksanaan program tersebut dan adakah ia sudah mencapai objektif sebenar ?

Jika berkempen, pemimpin DAP begitu gah menyatakan struktur pelaksanaan program. Malah DAP membidas program kerajaan yang lebih efisyen daripada Impian Sarawak.

Perkembangan Impian Sarawak sehingga ke hari ini belum lagi diketahui tahap kejayaannya. Yang kedengaran program tersebut hanya memberi kelebihan kepada penyokong DAP sahaja tetapi tidak pula menyeluruh kepada keseluruhan rakyat.

Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan muncul tidak lama lagi. DAP Sarawak sudah bergerak berkempen di rumah panjang menyatakan kehebatan program impian Sarawak. Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sendiri turun padang menghebahkan program impian Sarawak.

DAP sudah kehilangan modal politik dan hanya bergantung kepada penceritaan program impian Sarawak sebagai modal politik yang boleh dianggap kitar semula serta program yang tidak diketahui kesahihan tahap perkembangannya. Samada program tersebut sudah mati tetapi terpaksa menggunakan rawatan ICU untuk menghidupkannya dengan erti kata sebenar Impian Sarawak sudah nazak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA