MAS Larang Penggunaan Samsung Galaxy Note 7 Di Dalam Pesawatnya



KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 kepada semua penumpang pesawat penerbangannya.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan syarikat penerbangan negara itu kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.

Selain kenyataan menerusi media, pengumuman larangan penggunaan telefon pintar tersebut turut dimaklumkan oleh kru penerbangan ketika taklimat keselamatan sebelum berlepas dan sepanjang penerbangan.

Menurut pihak MAS, keselamatan penerbangan dan penumpang menjadi keutamaan berhubung larangan itu.

Selain penggunaan ketika berada di dalam kabin, MAS juga tidak membenarkan Samsung Galaxy Note 7 dibawa di dalam bagasi yang didaftar masuk.

Atas dasar keselamatan juga, pihak MAS tidak membenarkan perkhidmatan penghantaran kurier gajet berkenaan sehingga notis terbaharu dikeluarkan.- Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA