Martabatkan Muzik Tradisional Hadrah Agar Tidak Ditelan Zaman


KUCHING: Sebagai langkah mewarisi muzik tradisional dan menggalakkan penglibatan generasi muda, pertandingan hadrah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai bakal diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi yang mencadangkan perkara itu berkata, usaha tersebut penting agar generasi muda dapat terus mengaktifkan budaya lama.

"Muzik tradisional seperti hadrah perlu dikekalkan generasi muda agar tidak ditelan zaman kemodenan," katanya pada Majlis Kesyukuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sourabaya Ulu di sini, malam tadi.

Pada masa sama beliau memuji komitmen ditunjukkan anak muda Kampung Sourabaya Ulu kerana dapat mengekalkan dan meneruakan warisan muzik hadrah.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi menyarankan agar kepimpinan dapat bergabung untuk memupuk keharmonian di kawasan masing-masing.

"Ia penting agar kawasan kita dapat terus membangun dengan pesat," ujarnya.-Sarawak



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA