Martabatkan Bahasa Bangsa Sebelum Pupus



KUCHING : Bahasa Iban masih hidup dan berkembang kerana masyarakat Iban sentiasa menjaga, peka dan menyayangi bahasa tersebut, menurut Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Katanya, banyak bahasa di dunia telah pupus seperti Shayen, Desu dan sebagainya mengingatkan bahawa bahasa perlu dijaga sebaik-baiknya agar tidak hilang ditelan zaman.

"Kita percaya dengan mengamal perpaduan dalam pelbagaian mampu memartabatkan bahasa kesemua bangsa,"

"Oleh itu bahasa Iban perlu diangkat ke tahap yang lebih tinggi dan mampu dijadikan sebagai bahasa pembelajaran," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran 'A Comprehensive Iban-English Dictionary' di sini sebentar tadi.

Adenan turut menjelaskan isi kandungan kamus tersebut melambangkan identiti bangsa Iban dan ia harus dimartabatkan agar tidak pupus.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA