Manfaat Tanah TOL Diberikan Kerajaan


MIRI :  Tiada akses jalan raya antara alasan yang diberikan penduduk kawasan Senadin membina rumah di atas tanah milik kerajaan meskipun mempunyai tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Keadaan itu menyebabkan penduduk sukar untuk membawa peralatan membina rumah selain tanah TOL yang disediakan berpaya.

Ada kalangan penduduk tidak dapat membina rumah walaupun sudah menerima tanah TOL sejak 2011 selain sebilangan kecil sahaja yang membina rumah berhampiran Jalan Lutong-Kuala Baram.

Penduduk kemudiannya mengambil keputusan berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin untuk mendapatkan maklum balas bagi menyelesaikan masalah mereka.

Lee yang ditemui berkata, kerja-kerja menembok tanah sudah dijalankan kontraktor dan beberapa bulan diperlukan untuk membina akses jalan raya yang lengkap.

"Penduduk harus mendirikan rumah dengan kadar segera dan jika gagal tanah TOL berkenaan akan diambil balik oleh kerajaan.

"Penduduk juga tidak dibenarkan menjual tanah kepada pihak lain memandangkan tanah TOL tersebut adalah satu skim buat mereka yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah," katanya kepada media di sini pagi tadi.

Beliau turut menjelaskan, jika ada individu didapati menjual tanah tersebut, ia akan menyebabkan kesukaran untuk mendapat tanah lain pada masa hadapan.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA