Manchester United Sasar Antonio Griezman


JOSE Mourinho dilapor menjadikan bintang Perancis, Antonio Griezman sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan akan datang.

Berikutan itu, ketua jurulatih Manchester United dijangka membuat bidaan secukupnya kepada Atletico Madrid bagi melepas pemain berkenaan.

Mourinho sebelum ini dikatakan telah berusaha membawa pemain tersebut ke Chelsea sebelum Griezman tampil cemerlang di saingan Euro 2016.

Namun kini harga pemain itu telah meningkat seiring Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Luis Suarez.

Bagaimanapun Mourinho enggan menyerah kalah kerana percaya pemindahan pemain berusia 25 tahun itu mampu mensensasikan lagi Liga Perdana Inggeris.

Daily Mirror melaporkan, Griezman sedar mengenai minat United dan sedia berpindah walaupun telah menandatangani kontrak sehingga 2021.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA