Man City, Barca buru Bellerin


LONDON: Manchester City dan Barcelona akan memastikan usaha mereka memancing pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin membuahkan hasil.

Kedua-dua kelab itu menjadikan pemain Sepanyol berusia 21 tahun itu sebagai sasaran utama mereka.

Mereka menyuarakan mengenai pemain itu pada jendela perpindahan musim panas dan akan kembali pada bulan Januari, walaupun dia akan menjadi pembelian yang lebih realistik pada akhir musim ini.

Bellerin dilahirkan di Barcelona dan meninggalkan Camp Nou untuk Arsenal lima tahun lalu ketika berusia 16 tahun.

Barca memerlukan pertahanan kanan baharu selepas pemergian mengejut Dani Alves ke Juventus dan bos Luis Enrique percaya kelab Catalan itu boleh mendapatkan pemain muda.

City juga memiliki tarikan dan senjata rahsia. Bekas pemain tengah Barca, Pep Guardiola adalah wira Bellerin ketika dia mula mengembangkan bakatnya.

Namun faktor kehadiran Mikel Arteta di Etihad juga mampu menarik Bellerin menyertai City kerana kedua-duanya pernah bekerjasama di Arsenal. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA