MAM Ada Hak, Kuasa Lulus Perlumbaan


KUANTAN: Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, (MAM) mendakwa badan itu hanya bertanggungjawab soal keselamatan aspek perlumbaan seperti litar perlumbaan dan perubatan.

MAM juga mendakwa sudah menasihatkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai pengajur Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (IEMARace) 2016 di sini, Ahad lalu mengenai langkah keselamatan perlu diambil mereka, termasuk kedudukan penonton.

Malah, MAM juga menafikan dakwaan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa memberi kelulusan aspek keselamatan pernganjuran sebarang perlumbaan permotoran di negara ini.

Kelulusan sejak 2009
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali, berkata secara purata MAM meluluskan 20 hingga 25 kejohanan go-kart dan lumba litar, termasuk EIMARace sejak 2009.

"Sehubungan itu, ita ada hak dan kuasa untuk memberi kebenaran penganjuran kejohanan di peringkat akar umbi.

"Isu kesematan penonton adalah tanggungjawab pengajur (UTM) dan tugas MAM adalah untuk memastikan keselamatan litar perlumbaan dan perubatan. Malah, pemeriksaan pada pagi hari kejadian mendapati tiada orang di kawasan itu (lokasi dua mangsa, iaitu Izwan Isa, 38 dan anak perempuannya, Nur Zalikha, 5, dirempuh)," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan AAM dan MAM tidak mempunyai kuasa memberikan kelulusan aspek keselamatan pernganjuran sebarang perlumbaan permotoran di negara ini.

Kelmari, Penyelia AAM, Ahmad Suhaimi Abdullah, memberitahu bahawa MAM tidak mempunyai kuasa memberikan kelulusan aspek keselamatan perlumbaan permotoran di negara ini.

Perlu rujuk AAM
Ahmad Suhaimi juga berkata, aspek reka bentuk trek, penyediaan paramedik dan penampan kelajuan perlu dirujuk AAM.

Mengulas lanjut, Razlan berkata, empat pegawai MAM ditugaskan ketika kejohanan EIMARace 2016 di Litar Jalan Kompleks SUKPA di sini, Ahad lalu, adalah pegawai berpengalaman dan sudah menjalankan tugas termasuk membuat pemeriksaan.

Katanya, penghadang air yang digunakan adalah untuk menghalang pemandu dan bukan bagi menghalang kemasukan orang awam kerana tugas itu adalah tanggungjawab penganjur yang meletakkan anggota keselamatan.

Ambil keterangan wakil UTM
Dalam kemalangan jam 11:30 pagi Ahad lalu, penyelia kilang, Izwan dan anaknya, Nur Zalikha maut selepas sebuah go-kart yang terbabas dan merempuh mereka.

Isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 38, cedera ringan, manakala anak sulung pasangan itu, Muhammad Izz Danial Izwan, 7, masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan wakil UTM selaku penganjur bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza selepas keadaannya tenang dan stabil susulan daripada kejadian itu. BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA