Mahathir Cuma 'Kambing Hitam' DAP


Parti Tindakan Demokrasi (DAP) hanya menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai kuda tunggangan dan alat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh bekas Ketua DAP bahagian Teluk Intan Hew Kuan Yau yang menerusi video yang dimuat naik ke portal Malaysia Today mendakwa parti teraju Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk kepentingan peribadi demi untuk menjatuhkan Najib.

"Hari ini aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib.

"Kami gunakan Mahathir untuk jatuhkan Najib," kata Kuan Yau yang juga dikenali sebagai Superman DAP.

Malah dalam video tersebut, Kuan Yau turut menyelar Malaysia sebagai negara bankrap selain menggelarkan Malaysia sebagai 'Negara Ayam'.

"Malaysia bukan sekadar negara diktator tetapi negara bankrap. OLeh itu, hari Malaysia buat aku sangat marah kerana Malaysia sudah jadi Negara Ayam.

"Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk jatuhkan Najib.

"Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk Selamatkan Malaysia. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk Selamatkan Malaysia termasuk memperalatkan Mahathir," ujarnya lagi.

Meskipun beliau tidak lagi menjadi ahli DAP, namun Kuan Yau menegaskan tetap masih setia dengan parti tersebut. - Sarawakiana 

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA