Mahathir Cuba Kukuhkan Penguasaan Malaya di Sarawak?

Penyertaan bekas pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) Affendi Jeman pada minggu lepas ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir, seakan percubaan untuk mengukuhkan penguasaan parti dari Malaya di negeri ini.

Tindakan tersebut bagaikan sengaja menongkah arus, ditengah sentiment rakyat Sarawak yang marak untuk menolak sebarang elemen politik dari semenanjung bertapak di negeri ini.

Ramai melahirkan rasa kurang senang dengan peryertaan Affendi Jeman dalam PPBM, yang dilihat masih bergantung kepada parti dari Malaya untuk berpolitik.

Berbeda dengan pendekatan Shafee Afdal yang enggan menyertai parti Mahathir, sebaliknya memilih parti tempatan Sabah sebagai platform perjuangan.

Apakah itu menunjukkan orang Sabah lebih ‘berupaya’, berbanding orang Sarawak?

Sarawak mungkin negeri yang terkenal dengan pelbagai slogan yang berapi-api, tapi mengapa dalam isu politik dan kebajikan rakyat masih lagi terpaksa mengharap ihsan dari Malaya.

Meskipun kehadiran PPBM ke Sarawak dianggap hanyalah platform untuk golongan kecewa, namun rata-rata netizen di Sarawak merasakan kehadiran PPBM sebagai percubaan untuk mengukuhkan penguasaan parti Malaya di negeri ini.

Pelbagai kecaman dilemparkan terhadap Affendi Jeman dan parti Tun Mahathir, antaranya mempersoal usaha Tun Mahathir untuk Sarawak sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri;

“Sampai bila orang Sarawak berhayal dengan Menara Petronas, Litar F1, Highway dan Jambatan Pulau Pinang di Malaya, tapi apa yang telah di usahakan Mahathir untuk negeri Sarawak sepanjang 22 tahun pemerintahannya?,” luah seorang netizen.

Namun perkara yang menjadi persoalan pokok, apakah martabat ahli politik Sarawak hanya mampu bergantung ihsan kepada parti Malaya. Dimana slogan Sarawak for Sarawakians?. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA