Lubok Antu Lubok Ketenangan


Batang Ai Lubok Antu terkenal dengan empangan yang menghasilkan elektrik Sarawak.

Namun disebalik empangan tersebut tersembunyi 1001 khazanah alam yang menjanjikan satu pengalaman yang indah.


Suasana pagi yang mendamaikan dengan kicauan burung yang mungkin jarang ditemui. Terdapat sebuah resort untuk para pelancong bermalam bersama keluarga.


Empangan Batang Ai Lubok Antu menjanjikan sebuah ketenangan bagi mereka yang menghadapi tekanan tugas atau sebagainya. Tumbuh-tumbuhan hutan mempamerkan hiasan alam semulajadi.


Berjalan menyusuri rimba yang terdapat di Empangan Batang Ai Lubok Antu menghiburkan dengan nyanyian unggas serta desiran angin yang menyentuh dedaunan seolah sebuah alunan muzik yang mendayu dan cukup indah untuk dihayati.


Penginapan rumah panjang memberi pengalaman yang begitu berharga.



Empangan Batang Ai Lubok Antu tidak akan mengecewakan tetamu yang bertandang, Apa yang pasti Lubok Antu menjanjikan ketenangan yang tidak ternilai. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA