LPKP Bersama JPJ Dan Polis Pantau Perkhidmatan Uber


Kuching : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan memantau operasi perkhidmatan Uber yang dikatakan mula beroperasi di sini pada hari ini.

Pengarah LPKP Sarawak Mohd Khairul Hafiz Juni berkata ini kerana operasi Uber adalah tidak mengikut undang-undang semasa di bawah peraturan kenderaan pengangkutan.

“Jika didapati beroperasi, perkhidmatan Uber boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh JPJ dan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan teksi di Kuching dan Samarahan di pejabat LPKP di sini semalam.

Hafiz menambah, perkhidmatan Uber adalah tidak dibenarkan di Sarawak di mana LPKP tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit untuk ia beroperasi di negeri ini.

“Mana-mana kenderaan pengangkutan yang tidak berlesen merupakan perkhidmatan yang haram,” katanya.

Menurutnya, LPKP Sarawak juga belum menerima sebarang permohonan lesen atau permit daripada pengusaha Uber untuk beroperasi di negeri ini.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA