Lima Perkara Utama Tumpuan PM Dalam Bajet 2017


Perdana Menteri sudah mendapat isyarat yang jelas daripada rakyat melalui projek komunikasi online bagi mendapatkan input awam berhubung cadangan Bajet 2017.

Semua input dikumpulkan khamis lalu.

Projek mendapatkan idea rakyat ini dibuat melalui bajet2017.najibrazak.com. Respon sangat luar biasa.

PM menerima 8352 cadangan dengan menyenaraikan lima perkara yang perlu diberikan keutamaan demi rakyat.


Pertama, soal pekerjaan, disusuli isu pendidikan dan ketiga perubatan. Keempat pula, isu perumahan dan kelima rakyat mahukan langkah ke arah menangani isu kos sara hidup.

Seorang PM pasti tidak akan mengabaikan isyarat rakyat.

Malah, sejak menjadi PM pada tahun 2008, lima gelombang inilah yang sentiasa menjadi fokus Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.

Isu pekerjaan akan berkaitan dengan langkah kerajaan mengumumkan pelaksanaan projek mega yang bakal menyediakan peluang pekerjaan baharu.

Malah sudah tentu insentif kepada sektor awam bagi merancakkan lagi pertambahan projek baharu yang bakal mencipta peluang pekerjaan.

Isu pekerjaan pasti juga akan mendorong hala tuju Bajet 2017 untuk menarik pelaburan masuk dari luar negara.

Insentif ini penting, terutama bagi projek mega dan yang berskala sederhana.

Selain merancakkan pertumbuhan ekonomi, kehadiran pelabur asing dengan pelbagai agenda pembangunan pasti mencipta ruang pekerjaan.

Selain pelbagai frasa baharu projek sedia ada yang akan melangkau masuk ke Bajet 2017, agenda insfrastruktur awam pasti antara fokus utama.

Selain rakyat bakal menikmati kesan pembangunan, ia mencipta lambakan pekerjaan.

Pendidikan juga akan mendapat banyak manfaat. Pendidikan antara ruang utama tumpuan bajet.

Selain merancakkan peluang menyediakan lebih banyak ruang pendidikan lepasan menengah, PM dijangka mengumumkan beberapa langkah strategik menangani pelbagai cabaran dalam sektor pendidikan.

Dijangka kos pembelajaran di luar negara antara isu yang akan disentuh.

Samada PM akan kekal dengan model menghantar ramai pelajar ke luar negara ketika kos tukaran mata wang asing tidak memihak pada nilai ringgit, atau memperkukuh nilai tambah pendidikan tempatan, kedua-dua pilihan yang ada pasti diperincikan.

Isu perubatan dijangka satu kelangsungan dari trend hala tuju yang dibentuk sejak PM mengambil alih Kementerian Kewangan.

Kos yuran perkhidmatan hospital kerajaan dijangka kekal. Namun, PM dijangka mengumumkan penambahan khidmat kerajaan terutama melalui program Klinik 1Malaysia. Sudah pasti penubuhan beberapa hospital baharu juga akan diumumkan. Serta menaik taraf institusi perubatan awam sedia ada.

Perumahan isu kritikal. Rakyat sangat menanti pelan seterusnya dalam menjayakan model rumah mampu milik melalui mekanisme Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Isu pinjaman perumahan berkait nilai pinjaman sekitar 70 peratus oleh pihak bank, serta beban menyediakan baki pinjaman 20 peratus antara isu utama Bajet 2017.

Idea memberikan lesen kewangan pada pemaju bukan idea tunggal. Walaupun sektor perumahan berpegang pada pasaran bebas, pasti ada penyelesaian lebih relevan termasuk peranan Bank Negara dalam mengatasi isu margin pinjaman.

Angka pembinaan rumah dijangka rancak. Walaupun pemaju memaklumkan jualan rumah menurun pada suku kedua tahun ini. Isunya bukan lebihan permintaan, tetapi kurangnya rangsangan sektor perbankan dalam menangani isu pinjaman perumahan.

Sebagai PM yang prihatin dan pencetus pada idea memastikan anak muda memiliki rumah, pasti ada penyelesain kontstruktif.

Isu kos sara hidup pasti keutamaan. Langkah mengawal kenaikan kos pasti disentuh. Isu harga barang wajar satu keutamaan. Sektor pembekal dan pemborong dijangka mendapat insentif Bajet 2017 sebagai dorongan ke arah menyumbang pada kawalan harga.

Pada masa sama, masyarakat awam akan terus menikmati Bajet 2017 melalui penambahan dan peningkatan servis Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kita tunggu. PM tidak pernah mengabaikan kita. Pasti banyak khabar gembira dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober ini.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA