• Lima Minit Tahan Sakit

    Published: Sunday, 25 September 2016
    A- A+
    Foto Harian Metro
    TUARAN: Lelaki warga emas menanggung kesakitan lebih lima minit selepas cincin dipakainya di jari manis tidak dapat dikeluarkan sebelum dia meminta bantuan anggota bomba di sini, hari ini.

    Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 80-an berasal dari Tuaran, datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran sebaik jari manis pada tangan kanannya tiba-tiba membengkak.

    Difahamkan, mangsa memakai cincin hiasan dalam tempoh hampir setahun namun jarinya tiba-tiba terasa sakit dan membengkak sejak dua hari lalu.

    Ketua BBP Tuaran, Asnan Led berkata, pihaknya memberi bantuan sebaik mangsa datang sendiri ke balai bomba mendapatkan rawatan.

    "Anggota bomba mengambil masa lima minit untuk memotong cincin berkenaan menggunakan alat pemotong cincin," katanya ketika dihubungi, hari ini.-HM

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Minit Tahan Sakit "