Lelaki mengaku tembak anak lelaki dalam Facebook

Pihak berkuasa Carolina Utara mencari seorang lelaki yang menembak mati anak lelakinya yang berusia 15 tahun dan kemudian mengaku menembak dan mencederakan bekas isterinya di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Norlina, Taylor Bartholomew, berkata Earl Valentine menendang pintu dapur rumah bekas isterinya di Mukim Warren dan menembak beliau sebelum membunuh anaknya.

Bartholomew berkata, beliau kemudian bercakap dengan Valentine menerusi telefon dan menggambarkan beliau sebagai 'kejam dan tidak berhati perut' dan tidak menunjukkan penyesalan melepaskan tembakan itu.

Beliau juga mengesahkan Valentine menyiarkan video di akaun Facebooknya mengaku menembak bekas isterinya.

"Dia menipu saya, menyebabkan waran dikeluarkan terhadap saya.

Saya cintakan isteri saya tetapi dia memang patut terima apa yang berlaku kepadanya," kata Valentine dalam video itu.

Ia sudah dipadamkan. Bartholomew berkata, arahan perlindungan domestik juga dikeluarkan tetapi tarikhnya sudah luput bulan lalu.

Bartholomew juga berkata, Valentine menegaskan beliau dalam perjalanan ke Richmond, Virginia untuk membunuh anggota keluarga lain.

Katanya, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Marshal Amerika Syarikat terbabit dalam kes itu.

Katanya, Valentine dianggap bersenjata dan bahaya.

Beliau berhadapan dakwaan membunuh dengan niat dalam kematian anaknya. - AP/BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA