Lelaki didakwa beri sokongan kejadian letupan di pusat hiburan


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini kerana terbabit memberi sokongan kejadian letupan di premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong di Selangor pada 28 Jun lalu.

Tertuduh, Firdaus Abdullah, turut berdepan dengan empat lagi pertuduhan termasuk memiliki buku yang berkait dengan aktiviti pengganas militan IS dan al-Qaeda selain memiliki senjata tiruan.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA