Lelaki Cemas Nekad Baling TV Pada Perompak


KANSAS CITY: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dan membaling televisyen ke arah seorang perompak yang menceroboh kediamannya di sini baru-baru ini.

John Sullivan berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu sebelum seorang perompak tiba-tiba mengacu pistol ke arahnya.

Katanya, pada waktu itu isterinya berada di bilik utama manakala empat anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun tidur di tingkat atas.

“Kerana terkejut saya terus bangun dan mengangkat televisyen selebar 60 inci serta terus mengejar perompak itu.

“Saya kemudian membaling televisyen ke arah perompak berkenaan menyebabkan dia terus melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak terfikir tindakannya itu membahayakan dirinya kerana terlalu terkejut dengan kehadiran perompak berkenaan.

“Saya juga tidak terasa berat televisyen berkenaan. Saya membalingnya seperti sehelai kertas,” jelasnya.

Tambahnya, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi sehingga kini tiada tangkapan dilakukan pihak berkuasa.

“Saya percaya perompak berkenaan penjenayah yang memecah masuk beberapa kediaman di kawasan kejiranan saya,” jelasnya. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA