• Lelaki Afghanistan Potong Kemaluan Isteri

    Published: Saturday, 10 September 2016
    A- A+


    ASHKAMISH: Seorang wanita cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya.

    Insiden itu berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar.

    Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan BBC, beliau tidak tahu punca serangan.

    Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat.

    Wanita itu kini dirawat di hospital di Kunduz.

    Abang mangsa mengesahkan kecederaan itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa.

    Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat keganasan itu. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Afghanistan Potong Kemaluan Isteri "