LBR United Sertai Liga-M?



KUCHING: Pengerusi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman optimis LBR United akan mewarnai kancah Liga Malaysia pada masa akan datang.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian terlebih dahulu terutama melibatkan bajet kerana bertanding dalam liga peringkat kebangsaan memerlukan perbelanjaan besar.

"Ini adalah matlamat kita untuk menubuhkan LBR United. Kita sudah diberi lampu hijau untuk membentuk pasukan namun ia bergantung kepada bajet," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul mendedahkan, sebanyak 108 pasukan menyertai edisi kedua Liga Bola Sepak Rakyat tahun ini.

"Walaupun 10 daerah di Johor tidak menyertai tetapi bilangan pasukan tetap sama seperti tahun lepas. Ini kerana ada negeri seperti Sabah, Sarawak, Perak, Selangor dan Kedah menambah pasukan.

"Sambutan kali ini juga meriah dan menggalakkan kerana masing-masing mahu menjadi juara selepas Kuching unggul pada edisi pertama," ujarnya.

Beliau menambah, hadiah kepada pasukan juara masih sama dengan wang tunai RM100,000 manakala wang tunai RM50,000 untuk pemenang tempat kedua.

Selain itu jelasnya, edisi kali ini juga bakal menyaksikan perlawanan akhir dilangsungkan secara timbal balik. -Sarawakiana.


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA