Laporan Polis Dibuat Terhadap 'Kapak Sarawak', Hina Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi


BINTULU: Laporan polis dibuat ke atas Kapak Sarawak (Anthony Bakit) yang menghina dan menyumpah penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Memetik laporan Sarawak Update, laporan polis dibuat oleh Pengerusi Kelab Komuniti Motosikal Berkuasa Tinggi Bintulu, Ahmad Lato di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

Ahmad berkata, laporan dibuat sebagai tanda protes dan tidak puas hati ahli kelab terhadap posting Kapak Sarawak yang disifatkan menjatuhkan maruah mereka.

Kapak Sarawak sebelum ini memuat posting 'Padan Muka Sida Big Bike Drive Sik Ikut Peraturan Jraya, Kalau Boleh Biar 4-5 orang Mati Sehari. Mereka Jadi Hantu di Jalan Raya dan sebagainya, tidak dapat kami terima dan sangat prejudis'

Menurut Ahmad lagi, memang tidak dinafikan terdapat segeintir penunggang motosikal berkuasa tinggi bersikap sedemikian seperti mana yang dinyatakan dalam posting berkenaan namun jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.-Sarawakiana

7 comments:

  1. Boleh tarik balik tak saman ini? sebab takut kalau uncle Bakit buka kes yang pernah menimpa kereta dan mempertaruhkan nyawa anak menantu yang pada tahun 2012 akan menyusahkan semua ahli keluarga seorang penunggang yg pernah mengantuk tekeluar laluan dan merempuh kereta dari hadapan di laluan yang betul.

    ReplyDelete
  2. kalau buka balik kes 2012 bahawa penunggang bigbike yang mengantuk tersebut telahpun tekeluar dari laluan dan merempuh kereta uncle Bakit dari hadapan. Kemalangan tidak mengambil nyawa kerana pemandu kereta uncle Bakit ini pada masa itu telah pun menrkan brek awal untuk berhenti apabila melihat bigbike yang datang dari hadapan kelihatan dari jauh lagi sudah tekeluar laluan namun beliau tidak sempat balik le laluan yang betul. Pemilik bigbike tersebut datang dari arah sibu menuju ke kuching manakala pemilik kenderaan datang dari arah sri aman menuju ke lubok antu. Nanti susah untuk keluarga si penunggang yang pernah menyalahi undang2 terhadap pak cik ini. Pada masa itu kes tidak dibicarakan di mahkamah atas budi bicaraasaing-masing. Namun syukur kerana anak menantu beliau telah selamat. Tiada disangka juga bahawa uncle masih berasa tidak puas hati. Mungkin kerana beliau pernah mengalami kehilangan orang yang tersayang iaitu seorang dari mendiang anak bujang beliau maut dalam kemalangan. beliau juga telah kehilangan isteri. Tidak mustahil jika beliau mengalami sedikit emosi. Sekian.

    ReplyDelete
  3. Hati tisu, hal komen pun mau lapor polis kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Sorry. So much typing error. Here i can explain again. Sorry.
    Isu berbangkit.
    Seorang dari penunggang motor(bigbike) yang berkuasa tinggi boleh di dakwa di atas kesalahan menyalahi undang-undang jalanraya pada tahun 2012. Beliau menunggang dalam keadaan mengantuk datang dari arah Sibu menuju ke Kuching telah merempuh sebuah kereta Naza Kia yang datang dari arah Sri Aman menuju ke Lubok Antu. Pemandu kereta tersebut adalah anak kepada Encik Anthony Bakit.Beliau telah berhenti awal menekan brek kereta tersebut apabila melihat sebuah (bigbike) motor berkuasa tinggi datang dari arah yang bertentangan kerana telah terkeluar dari laluan yang betul. Penunggang mengaku mengantuk pada masa itu. Namun penunggang tersebut telah mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan. Penunggang merupakan salah seorang dari kumpulan Motor berkuasa tinggi Sarawak. Kes tidak dibicarakan di mahkamah kerana atas budi bicara masing-masing.
    Sebelum itu beliau (Encik Anthony Bakit) juga pernah mengalami kehilangan orang yang tersayang iaitu kehilangan salah seorang dari anak lelaki yang meninggal akibat kemalangan. Manakala isterinya juga telah meninggal dunia atas masalah kesihatan. Beliau juga hampir kehilangan seorang anak lelaki pada tahun 2012 berkaitan dengan kes kemalangan melibatkan motor berkuasa tingg pada tahun 2012.
    Sehubungan itu tidak mustahil jika beliau mengalami sedikit emosi dan telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap kumpulan lain.
    Diharap pihak berkaitan dapat menyoal siasat dan mempertimbangkan dengan lebih baik untuk setiap perkara. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  5. I like this blog! In return, I want to share some cheap ray ban sunglasses with you.

    ReplyDelete
  6. Kalau sakit hati dengan seorang rider, tak perlu nak membabitkan semua rider. Sebab tidak semua rider itu mengantuk. Memang kita ada peristiwa di dalam hidup, tapi itu tidak menjadikan kita menghukumi semua manusia di dunia ini. Bagaimana dengan kes, pemandu mabuk yg melanggar mati seorang rider di Debak tempoh hari. Bagaimana perasaan keluarga nya? Mereka juga terluka, padahal bukan salah rider itu. Jangan terlalu ikut kata hati, nanti binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah nya. Tak salah nak berkomen di media sosial, tapi gunakan ayat yang betul, jangan mencemuh yg tidak bersalah. #justatwocentsopinion

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA