Lapan NGO Terima Geran Sumbangan RM36,000


KUCHING : Sebanyak lapan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran berjumlah RM36,000 daripada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi di Bangunan Tun Jugah disini, hari ini.

Alexander berkata, sumbangan tersebut adalah permohonan yang telah diluluskan bagi tujuan persatuan melaksanakan aktiviti masing-masing.

“Penyerahan geran daripada kerajaan ini telah melalui prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan. Saya berharap agar geran ini digunakan dengan cara terbaik untuk faedah bersama,” katanya semasa Majlis Penyerahan Geran Sumbangan tersebut, pagi tadi,

Lapan persatuan yang terdiri daripada Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS), Tetuan Jawatankuasa Sukan Kebajikan Dan Kebudayaan IPTAR, Kelab Sosial Dan Rekreasi KPLB, Majlis Kabajikan Kabudayaan Dan Riadah Jabatan Pendaftaran, Sarawak Dayak Graduates Association, JKKK Rumah Reba, Bito Wanita RH Banta Kubal Batu - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA