Lapan Ditahan SPRM Sabah



Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lapan individu termasuk tujuh pegawai bank kerana dipercayai meminta suapan sebanyak RM7,000 bagi meluluskan permohonan pinjaman peribadi seorang kakitangan awam.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, semua suspek yang berusia ditahan dalam 25 dan 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di kafe dan bank di bandar ini, semalam.

"Tiga suspek termasuk seorang bekas pegawai bank ditahan pada 6 September lalu di kafe di sebuah pusat beli-belah di Jalan Sulaman.

"Susulan daripada siasatan, kakitangan SPRM Sabah turut menahan lima lagi suspek dalam serbuan di sebuah bank di bandar ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-MyMetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA