#lajuIasahlaju: Sokongan, Doa Rakyat Malaysia Buat Siti Noor Lasah



KONTINJEN Paralimpik negara nampaknya tidak hanya berpuas hati hanya dengan tiga pingat emas.

Kejayaan tiga atlet iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly menjadi pembakar semangat untuk rakan-rakan sepasukan meneruskan buruan pingat di temasya empat tahun sekali itu.

Pagi ini, rakyat Malaysia menerima satu lagi berita gembira apabila Siti Noor Iasah Mohamad Arifin berjaya layak ke peringkat akhir acara 400 meter T20 (wanita).

Atlet berusia 26 tahun itu turut memperbaharui rekod di Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan dengan catatan masa 58.96 saat.

Biarpun bakal bersaing dengan pemilik ranking pertama dunia, Barbara Niewiedzial dari Poland, namun rakyat Malaysia nampaknya tidak melihat pingat emas sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai Iasah.

Kata-kata semangat dan doa yang diluahkan pengguna laman sosial diharapkan mampu menyuntik semangat untuk Iasah memberikan saingan sengit.

Juga trending di laman sosial adalah hashtag #lajuIasahlaju.

Iasah, yang menduduki ranking ketiga dunia, akan bertanding dalam peringkat akhir jam 4.30 pagi (waktu tempatan) Rabu. - AWANI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA