Lagu Wawasan Berkikis Bulu Betis Memotivasikan Masyarakat



Lagu Wawasan Berkikis Bulu Betis salah satu lagu artis Iban yang menjadi siulan sehingga kini. Malah lagu tersebut menjadi minat pemimpin nombor satu Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiapkali beliau melawat Sarawak sudah pasti lagu tersebut akan berkumandang di tapak program.

Namun disebalik lagu tersebut terselit erti senikata yang membina dan memotivasikan para pendengar lagu. Senikata yang sungguh mantap untuk diteladani agar masyarakat perlu membuat pengorbanan demi sebuah kejayaan.

Dalam senikata lagu tersebut menekankan agar semua masyarakat mementingkan pelajaran dan berkorban untuk kejayaan anak-anak dalam pendidikan tanpa mengira rugi. Ini kerana pendidikan begitu penting untuk mengubah cara hidup agar lebih berjaya dimasa depan.

Penekanan senikata tersebut juga menyentuh agar menggalakkan anak-anak belajar sehingga ketahap tertinggi dan mampu mencapai tahap Master dan Phd. Seboleh-bolehnya biarlah jawatan tertinggi seperti menjawat jawatan profesor. Dalam pada itu demi memastikan anak-anak berjaya perlu ada kerjasama daripada pelbagai pihak antara ibubapa, msyarakat, guru dan kerajaan dan barulah masyarakat Malaysia maju dan berjaya.

Pada masa sama jika kejayaan anak-anak terbukti, maka pendapat isi keluarga mampu ditingkatkan serta keharmonian mencipta kestabilan. Kesejahteraan terbina serta kehidupan menjadi senang. Apabila sudah mencakupi segalanya, seluruh rakyat merasa gembira kerana memiliki wang ringgit serta mengecapi keamanan dan kebahagian.

Turut disentuh ialah setiap apa yang dilakukan adalah kerana kejayaan sebuah negara Malaysia dimana mengamalkan prinsip seiring sejalan dan bersatu padu serta kejayaan Sarawak melalui Malaysia.

Jelas senikata lagu warisan berkikis bulu betis memberi mesej yang berguna dan ia perlu diambil ikhtibar agar masyarakat dapat menikmati kejayaan yang membanggakan di dalam sebuah negara bernama Malaysia. Patutlah Perdana Menteri menggemari lagu berkenaan kerana ia begitu memberi pengajaran kepada rakyat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA