Lagu 'Sayau Aku Bisi Orang Empu' Bawa Tuah Kepada Tony, Juarai Bintang Klasik Iban 2016



KOTA SAMARAHAN : Tuah lagu 'Sayau aku bisi orang empu' menobatkan Tony sebagai juara Bintang Klasik Iban 2016.

Tony menerima wang tunai RM2,500, trofi kejuaraan dan sijil penyertaan serta menjadi artis rakaman Ranyai Studio.

Manakala lagu 'Kena jayau tubuh nuan' dirangkul oleh Bandi yang menerima RM2,000, trofi dan sijil penyertaan.

Wendy yang mempersembahkan lagu 'Lapa nuan nyabak sulu' merangkul tempat ketiga serta menerima RM1,000, trofi dan sijil penyertaan.

Sebanyak 8 peserta dari seluruh Sarawak menjadi finalis Bintang Klasik Iban 2016 yang berlangsung di Summer Mall.

Hadiah telah disampaikan oleh Snowdan Lawan yang merupakan Pengerusi Dayak Artist Music Association (DAMA) dan turut hadir isteri beliau Melinda Claudia Bucking.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA