Kurang Karenah Birokrasi, Galak Sektor Perniagaan - Adenan


KUCHING: Karenah birokrasi akan dikurangkan untuk memastikan sektor peniagaan di negeri ini terus berkembang dan pada masa sama dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, untuk tujuan tersebut, kerajaan negeri akan memudahkan dengan tidak menetapkan pelbagai syarat membuka perniagaan selaras dengan hasrat menjadikan Sarawak mesra perniagaan.

"Kerajaan negeri dan komuniti perniagaan mesti bekerjasama untuk melonjakkan ekonomi negeri. Kita (kerajaan negeri) akan berusaha untuk mengurangkan karenah birokrasi melibatkan proses membuka perniagaan dan pengeluaran lesen," katanya.

Menurut Adenan lagi, kadar pertumbuhan di Sarawak perlu melonjak sekurang-kurangnya 6.5 peratus dalam usaha untuk menjadi ekonomi negeri ini lebih berkembang.

Dalam perkembangan berkaitan, Adenan menggesa sektor swasta untuk menerokai bidang lain termasuk industri pertanian atau penternakan yang mempunyai permintaan tinggi pasaran asing. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA