Konvoi Bantuan Diserang Sejurus Gencatan Senjata Di Syria


ALEPPO: Sekurang-kurangnya 12 petugas sukarela Palang Merah dan pemandu terbunuh apabila konvoi bantuan untuk warga Syria di wilayah Aleppo diserang jet pejuang beberapa jam selepas tentera Syria mengumumkan gencatan senjata selama seminggu berakhir, menurut pemerhati hak asasi manusia Syria.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya 18 trak daripada keseluruhan 31 konvoi kenderaan musnah lewat malam atdi ketika dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke kawasan pedalaman Orum al-Kubra.

Ketua Bantuan PBB, Stephen O'Brien, berkata laporan awal menunjukkan ramai yang terbunuh atau cedera parah.

"Ingin saya jelaskan bahawa jika serangan tidak berhati perut ini didapati sengaja mensasarkan bantuan kemanusiaan, ia akan diheret sebagai jenayah perang," kata O'Brian.

Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada pesawat Syria atau Russia yang bertanggungjawab. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA