Kita Hebat Dan Kuat Kerana Sentiasa Bersama - Najib


BINTULU : Kehebatan dan kekuatan Malaysia sekarang adalah hasil daripada kesaksamaan seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Patinggi Najib Tun Razak berkata, setiap kejayaan yang dicapai disebablan rakyat Malaysia sentiasa bersama berganding bahu.

"Sebab itulah betapa pentingnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa dan sejarah bagaimana kekuatan kita boleh diperkukuhkan.

"Kita mesti mencari detik-detik kebersamaan dan melihat kejayaan mana-mana individu sebagai kejayaan kita bersama seperti kejayaan atlet sukan olimpik atau paralimpik yang berjaya membawa pulang pingat untuk Malaysia," katanya ketika Sambutan Hari Malaysia di sini malam tadi.

Beliau turut berkata melalui lensa rakyat Malaysia, tiada prejudis, tiada perasaan perkauman kerana rakyat sehati sejiwa, seia sekata dan senada seirama disebabkan rakyat keseluruhan adalah satu Malaysia.

Pada masa sama Najib turut berkata bahawa beliau tidak akan meminggirkan Sarawak daripada arus pembangunan kerana menjadi hasrat beliau melihat Sarawak maju seperti Semenanjung Malaysia.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA