Kisah Uncle David Dan Keperihatinan Netizen


TAHUN lalu, kisah seorang warga emas yang cari rezeki dengan jual anak patung ‘soft toy’ di sekitar Damansara, Selangor pernah menjadi viral dan berjaya melahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat tempatan.

Buat anda yang tidak mengenalinya, insan yang kami maksudkan ini ialah Uncle David. Seorang warga emas berusia 65 tahun, yang tetap gigih berniaga secara kecil-kecilan demi membiayai pelajaran anaknya dan juga bagi menampung kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya.

Setiap hari, Uncle david akan berjalan sejauh beberapa kilometer sambil membawa anak patung di sekitar kawasan Bank HSBC Damansara sehinggalah ke Uptown Damansara.

Namun baru-baru ini, Uncle David sekali lagi menjadi perhatian warga Internet apabila gambar beliau dikelilingi timbunan patung-patung pokemon dikongsi menerusi laman sosial.

Mungkin anda merasakan perniagaannya seakan menerima sambutan namun jangan tersilap, dia sebenarnya telah ditipu oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Individu tersebut difahamkan telah memesan sebanyak 250 anak patung daripada Uncle David, namun apabila tiba pada hari yang dijanjikan, individu berkenaan tidak muncul-muncul untuk mengambil anak patung.

Bayangkan apa perasaan beliau apabila perlu mengeluarkan modal dahulu, datang daripada Cheras menaiki kenderaan awam mengendong 250 ekor mainan pokemon ke Damansara, tetapi jadi begini.

Kini, hendak atau taknak, Uncle David terpaksa menjual kesemua patung-patung ini sendiri untuk menghabiskan stok.

Berikutan kejadian itu, ramai netizen telah memuat naik gambar terbaharunya itu dengan kapsyen berbunyi:

“Tolonglah Uncle ini, seorang lelaki tidak bertanggungjawab telah tempah 250 ekor patung pokemon daripadanya namun tidak datang ambil.

“Sekarang Uncle David kekurangan wang selepas membeli stok, sila kongsi dan tolong Uncle ini,” tulis kebanyakan orang ramai seperti yang dipetik daripada portal worldofbuzz.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA