Keselamatan, Penggunaan Elektrik Perlu Difahami Secara Menyeluruh


KUCHING: Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi berharap program penerangan berkenaan keselamatan dan penggunaan elektrik perlu diadakan lebih kerap terutama di kawasan kampung.

Beliau berkata, usaha tersebut penting untuk memastikan penduduk kampung dapat mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang masalah melibatkan elektrik.

Malah menurutnya, Sarawak Energy Berhad (SEB) juga perlu lebih kerap memberi peneranan kepada penduduk kampung mengenai peranan mereka.

"Program penerangan mengenai peranan SEB, keselamatan dan penggunaan elektrik perlu diadakan lebih kerap bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya pada Program Ibadah Qurban dan Majlis Hari Raya Aidiladha anjuran Pertubuhan Pekerja Islam, SEB di Kampung Bintawa Hilir semalam.

Mengulas mengenai program tersebut, kata Dr Abdul Rahman dapat memupuk semangat kerjasama antara penduduk kampung dan badan korporat yang terlibat selain memastikan jawatankuasa kampung peka dengan kegiatan kemasyarakatan. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA