Kertas Soalan UPSR Selamat Dihantar Ke Semua Sekolah


KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan memberi jaminan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sebelum ini disimpan dalam bilik kebal, selamat dihantar ke semua sekolah dengan lancar.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Mohamed Khair Yusof, berkata malah, lawatannya bersama pegawai dari kementerian adalah sebagai meninjau perjalanan UPSR dari dekat dan pada masa sama memberi dorongan semangat kepada calon UPSR agar melakukan yang terbaik.

"Kementerian masih menggunakan kaedah menilai prestasi murid Tahun Enam berdasarkan empat pentaksiran murid iaitu pendidikan jasmani, UPSR, pentaksiran sekolah dan psikometrik," katanya yang ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, seramai 452,700 calon UPSR di seluruh negara menduduki peperiksaan hari ini, dengan seramai 30,320 calon daripada mereka adalah calon di negeri ini.

Katanya, mereka adalah daripada 7,700 sekolah rendah di seluruh negara termasuk di Kelantan sebanyak 445 sekolah. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA