Kerana Tun M, Pembangkang Bergaduh Sama Sendiri

Kalau kesan daripada ubat yang tidak diingini dipanggil “side effect”, maka sesuai juga jika kita panggil kesan daripada penerimaan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas pembangkang juga ada kesan sampingan.

Kemasukan Mahathir ke dalam pembangkang sebenarnya dibuat melalui pintu belakang. Jika Anwar dimasukkan ke penjara kerana kemasukan belakang secara fizikal, Mahathir pula hebat, masuk belakang secara taktikal.

Seperti yang pernah dilakukan kepada UMNO hinggakan ahlinya berperang sesama sendiri berebut kuasa untuk jawatan, Mahathir pula hanya perlu cengkam tengkok Presiden untuk genggam segalanya. Malah beliau juga cuba untuk menentukan naik dan turunnya Presiden UMNO.

Ia diambil dari cara British menawan orang Melayu dulu kala. Orang Melayu diajar akur kepada Sultan dan Raja mereka, tetapi British hanya perlu tawan Sultan dan Raja Melayu, maka seluruh umat Melayu akan berada dalam genggaman British.

Kini modus operandi sama digunakan oleh Mahathir, hanya perlu cengkam Lim Kit Siang dan Azmin Ali maka beliau sudah berjaya pegang hampir seluruh pembangkang. Hanya keluarga Anwar sahaja masih belum dapat dijerut leher sepenuhnya.

DAP juga pernah menggunakan modus operandi yang sama terhadap umat Islam, mereka perlu cengkam kepala ulama sahaja, kerana percaya orang Islam hormat dan akur kepada ulama, lalu DAP menjerut leher seorang ulama, maka seluruh PAS berada dalam cengkaman DAP dalam skim Tahaluf Siyasinya.

Lim Kit Siang amat percaya Mahathir ada cara untuk selamatkan kes rasuah anaknya Lim Guan Eng dan beliau percaya Mahathir ada cengkaman ke atas orang atasan SPRM dan pengaruh kepada kehakiman.

Maka atas sebab itu Kit Siang amat memerlukan Mahathir, tambah lagi dana kepada DAP ketika pilihan raya umum (pru) ke-13 dikatakan datang dari orang yang Mahathir berikan kekayaan.

Ikatan Mahathir ke atas Kit Siang ditambah lagi dengan maklumat berkenaan DAP dan Kit Siang berada dalam pengetahuan Mahathir melalui “mole”nya Tony Pua.

Ramai tidak sangka Tony walaupun berdarah DAP, berjiwa DAP tetapi datang dan lahir dari kandang Mahathir dari Singapura.

Itulah “style” dan cara Mahathir memegang dan menggunakan seseorang atau sesebuah badan.

Tentu sudah ramai yang tahu cara Mahathir yang lain, iaitu menggunakan kelemahan dan kesalahan seseorang untuk menjerut leher mereka, seperti yang dialami oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang Menteri Besar di sebuah negeri yang kini tersepit.

Jika tidak bekerjasama dengan Mahathir, maka akan didedahkan “inclination” dan “kesukaannya”. Jika Menteri Besar ini akur pada Mahathir maka beliau pula dipantau oleh Presiden.

Kembali semula kepada tajuk kita dimana akibat bersekongkol dengan Mahathir, pembangkang kini sudah mula kelam-kabut dan bergaduh sesama sendiri.

Terkini, pergaduhan berlaku antara Guan Eng dengan Ambiga dimana kedua-duanya saling tempelak satu sama lain. Guan Eng telah menempelak Ambiga kerana bekerjasama dengan Mahathir manakala Ambiga pula membalas semula dengan mempersoalkan kenapa bapa Guan Eng sendiri bekerjasama dengan Mahathir.

Cara mereka bergaduh seolah-olah kerjasama dengan Mahathir itu adalah satu perkara “jijik” dan meloyakan.

Terlalu jelas kepada mereka bahawa kerjasama dengan Mahathir sepatutnya hanya terhad kepada “memperalatkan” bekas Perdana Menteri itu sahaja, bukan bekerjasama sepenuhnya.

Mereka hanya mahu rapat dengan Mahathir untuk mendapat laluan kepada hati pentaksub dan orang Melayu jahil yang terlalu memuja Mahathir. Selain itu, Mahathir hanyalah satu “benda” umpama “non halal” bagi mereka.

Keluarga Anwar juga sangat menjauhi Mahathir. Ketika satu dunia berebut dan berpusu-pusu mengambil gambar Mahathir terhegeh-hegeh datang menyembah Anwar di mahkamah, tidak ada siapa pun terfikir untuk mengambil gambar Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah keluar angkat kaki dari mahkamah.

Mereka enggan ada apa apa dengan “orang tua hilang akal” ini.

Ramai yang tidak sedar, hanya Azmin sahaja dari PKR yang ghairah untuk mengadakan hubungan dengan Mahathir. Itu pun ada rencana sulit masa depan antara Azmin dan Tun Mahathir.

Azmin sedar jawatannya sebagai Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR dalam keadaan genting dan nyawa-nyawa ikan.

Maka bersekongkol dengan Mahathir adalah talian hayat buatnya, bukan atas sebab kepentingan parti. Ia sama dengan Mahathir yang bersekongkol dengan mereka bukan disebabkan agama dan bangsa, tetapi kerana kepentingan peribadi dan keluarga.

Jadi Azmin dan Mahathir bolehlah dikira sebagai  “birds of a feather, flock together” atau mungkin juga “reunion of the snake”, iaitu sama sama mahu membelit.

Sementara perbalahan antara Guan Eng dan Ambiga adalah `preview' kepada apa yang akan berlaku nanti ketika PRU ke-14, dimana pembahagian kerusi dan penentuan calon untuk menghadapi UMNO.

Mahathir tidak biasa berkongsi kuasa kerana dia hanya mahu berkuasa. Anwar ketika itu akan mahu mempertahankan keluarganya sementara Azmin pula bakal jadi penghalang. Drama besar pasti akan berlaku.

Inilah kesannya apabila pembangkang yang sekian lama menjadikan Mahathir dan UMNO sebagai musuh, tiba-tiba terpaksa `overhaul' apabila Mahathir bertukar 360 darjah.

Bukan sahaja pembangkang, malah otak pentaksub Mahathir juga seperti radio, perlu ditukar untuk menerima musuh yang kini sudah menjadi kawan. Sediakan `popcorn' dan kuaci kerana kita semua akan melihat persembahan sarkis.

Dimana ada Mahathir, di situ pasti akan ada perpecahan. Selain itu akan ada ‘collateral damage” dan apa yang pasti mereka yang tidak belajar dari sejarah Mahathir akan menjadi mangsa.


Tulisan:
Beruang Biru
BB58, Jumaat
23 September 2016

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA