Kenyataan Mahathir-Anwar Terhadap Akta MKN Sengaja Kelirukan Rakyat


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendakwa kenyataan kedua-dua bekas pemimpin negara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seolah-olah sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan mengaitkan kuasa Yang di-Pertuan Agong serta mendakwa akta ini mengancam sistem demokrasi.

"Kenyataan mereka itu mengelirukan masyarakat yang tidak tahu menahu dan hanya berpersepsi, agar keadaan kelihatan seolah-kerajaan mengambil dan ketepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," katanya

Shahidan turut mendakwa mustahil seseorang yang pernah memerintah negara malah pernah menjadi Ahli Parlimen tidak faham tentang akta tersebut walhal akta ini dilaksanakan melalui saluran dan cara yang mengikut prosedur betul.

"Saya percaya Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya faham tentang akta ini kerana mereka pernah memerintah negara dan menjadi Ahli Parlimen,"

"Kenapa pertikaikan demokrasi, orang yang menentang akta ini yang rosakkan demokrasi. Mereka menentang akta yang telah dipersetujui kerana mahu akta mengikut kehendak mereka," katanya.

Terdahulu, Tun M telah hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar akta MKN.

Walaubagaimanapun akta ini telah dibincangkan sewajarnya dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan telah diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun ini.

“Akta ini dilaksanakan berdasarkan Perkara 74 (1) dan bukan Perkara 150 seperti dakwaan Tun M dan Anwar Ibrahim, akta ini berkait isu keselamatan dalaman secara khusus serta tidak perlu pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong,” - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA