Kemana Wang Derma Impian Sarawak ?

Parti Tindakan Demokratik (DAP) boleh dianggap raja segala propaganda sehingga berulangkali mempersoalkan sumbangan dana pihak lain. Walaupun pada hakikatnya jawapan mengikut perundangan telah dijelaskan namun DAP tetap mengulangi persoalan yang sama.

Namun apabila ia berlaku kepada DAP sendiri. DAP Sarawak langsung tidak memberi jawapan berkenaan sumbangan wang derma untuk program Impian Sarawak.

Persoalan ini telah diajukan kepada DAP sebelum PRN Sarawak yang lepas. Malah sebuah portal atas talian Sarawak Today mendedahkan jumlah yang telah DAP terima.

RM10 juta yang diperolehi parti itu melalui pelbagai program bertemakan rakyat seperti Tabung Derma ceramah, Derma Online, DAP Fund Raising Dinner (FRD), FRD Impian Sarawak dan FRD Pilihanraya Negeri Sarawak.

Hingga ke hari ini DAP masih berdiam diri tanpa sebarang jawapan. Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mendiamkan diri dan cuba mengalih kepada isu lain agar tidak dipersoal tentang isu tersebut.

Kemana perginya wang derma tersebut? Jangan nak menjawab, kertas putih audit kewangan pun DAP tidak berani dedahkan. Ternyata DAP bukan sebuah parti yang telus kerana sanggup menyembunyikan wang yang datang daripada derma rakyat.

Menurut portal tersebut terdapat kenyataan yang wang tersebut diberi kepada pusat. Jika ia benar kenapa perlu diberi kepada pusat sedangkan DAP Sarawak memungut derma untuk tujuan program Impian Sarawak.

Adakah penderma-penderma sudah ditipu oleh DAP dengan hujah hebat dan kata-kata yang lebih merakyatkan namun hakikatnya perkataan "rakyat" hanya sebagai senjata untuk meraih apa yang DAP mahu.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA