Keluar DAP Jalan Terbaik



Isu keluar parti bukan perkara luar biasa bagi ahli politik malah ia sudah berlarutan sejak dari dahulu lagi lebih-lebih lagi ia melibatkan parti pembangkang seperti DAP Sarawak.

Kenyataan terbaru bahawa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Yap Hoi Liong keluar dari DAP telah mengejutkan ramai pihak termasuk kepimpinan DAP sendiri.

Dengan mengemukakan alasan untuk menumpukan kerjaya guaman, Yap membuat keputusan drastik tersebut. Mungkin ia cuma satu alasan kerana berkemungkinan besar beliau mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi.

Pada PRN-11 Sarawak yang lalu, Yap telah tewas kepada Dato' Sri Tiong Thai King di Dewan Undangan Negeri Dudong. Sebelum PRN lepas, rakyat kawasan berkenaan telah mengecam kepimpinan Yap yang tidak turun padang.

Ramai penduduk kecewa dengan perkhidmatan beliau yang tidak menjenguk muka untuk mengetahui masalah penduduk kawasan. Rakyat mula naik muak kerana mereka tidak diperdulikan oleh wakil rakyat.

Mungkinkah ini salah satu penyebab Yap membuat keputusan drastik kerana berkemungkinan besar beliau tidak mahu bersama DAP lagi kerana DAP pada hakiknya tiada modal untuk membela dan membantu rakyat. Maka dengan itu jalan keluar daripada parti DAP adalah langkah terbaik.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA