• Kehilangan Remaja Di Samarahan Masih Misteri

    Published: Tuesday, 13 September 2016
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Kehilangan seorang remaja yang bekerja di sebuah kapal pengorek pasir disini semalam masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

    Mangsa Silvester Kilat Lee,19 dilaporkan hilang selepas kembali daripada membeli sayur.

    Menurut jurucakap bomba, mangsa difahamkan pergi ke pasar membeli sayur bersendirian sebelum hilang tanpa khabar berita.

    "Berkemungkinan mangsa jatuh ke sungai kerana semua barang peribadi miliknya masih berada ditempat kejadian," jelasnya.

    Sehingga berita ini ditulis, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan dan kawasan pencarian diperluaskan.-Sarawakiana


  • No Comment to " Kehilangan Remaja Di Samarahan Masih Misteri "