Kawalan Pantai Timur Sabah Dipertingkatkan


KOTA KINABALU: Kawalan keselamatan di pantai timur Sabah dipertingkatkan susulan dakwaan kira-kira 200 warga asing menanti peluang untuk memasuki Malaysia melalui perairan Sandakan.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa warga asing berkenaan kini berada di pulau di selatan Filipina.

Beliau berkata, mereka dikatakan hanya menunggu peluang untuk memasuki Sabah, pada bila-bila masa.

"Maklumat itu memamg ada tetapi jumlah sebenar kita tidak kenal pasti. Namun kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di sempadan peraiaran negara," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA